| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||
Mengapa pemerintah Singapura tidak telus?
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pegawai-pegawai pemerintah berkelakuan tidak bermoral, melakukan rasuah dan sebagainya namun pihak pemerintah seakan-akan mengambil mudah tindakan-tindakan yang tidak bermoral itu.
Para anggota-anggota parlimen melayu/ islam kita membisu seribu kata tentang hal sedemikian.
Lidah rasmi yang pro pemerintah juga tidak mempunyai ketelusan dalam melaporkan berita tersebut.
Apa tidaknya? Pihak media telah mendapat tahu tentang perihal sedemikian pada lewat tahun 2011 tetapi hanya melaporkannya pada
awal tahun 2012.
Pada 14 Februari 2012, Menteri Ehwal Dalam Negeri telah memberi penjelasan di parlimen tentang pengumuman yang tidak dibuat kerana ianya boleh menjejas siasatan yang sedang dijalankan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).
Dalam masa yang sama seorang anggota parlimen Melayu/Islam dari parti pemerintah telah menyoal menteri di parlimen. Beliau melahirkan rasa hairan bagaimana pihak media mengetahui berita tentang penangkapan dua pegawai kanan dari Kementerian Ehwal Dalam Negeri sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan?
Soalan dan penjelasan yang bagi saya tidak munasabah langsung.
Masihkah kita ingat janji Perdana Menteri Lee Hsien Loong di rapatnya pada kempen pilihanraya 2011 yang lalu? Beliau mengatakan dalam bahasa inggeris “We are the servants”.
Oleh yang demikian mengapa tiada ketelusan? Dari manakah pemerintah mendapat pendapatan
mereka untuk mentadbir negara jika tidak dari rakyat.
Mengapakah rakyat dibelakangkan dengan hal sedemekian? Fikir-fikirkan lah……
Noor Firdaus Abdul Samad
- jika anda suka dengan rencana ini, saya merayu kepada anda untuk membuat sumbangan dengan seikhlas hati dengan menghantar email kepada saya untuk butiran selanjutnya di nfirdaus.property@gmail.com
Terima Kasih