| M | T | W | T | F | S | S |
|---|---|---|---|---|---|---|
| « Jan | ||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | |
| 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |
| 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 |
| 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 |
| 28 | 29 | 30 | 31 | |||
Perpaduan Ekonomi
Adakah anda bersedia untuk perubahan?
Dalam sejarah dunia kita telah melihat tahun 2011 sebagai bermulanya zaman perubahan dan kebangkitan rakyat.
Kita telah menyaksikan di merata
dunia seperti di Mesir rakyatnya berhimpun di Dataran Tahrir sehingga pemimpin diktator Hosni Mubarak dapat digulingkan.
Di Tunisia, rakyatnya telah dapat mengulingkan Ben Ali.
Baru-baru ini di Libya, Kolonel Gadaffi juga berjaya digulingkan dan telah terkorban.
Kenapa ini semua berlaku? Kerana rakyat sudah bangkit disebabkan pemimpin-pemimpin ini hidup mewah tapi rakyat rata-ratanya dibelenggu kesusahan.
Walaupun Singapura ditakrifkan sebagai negara maju dengan pembangunan infrastruktur dan pertumbuhan ekonomi yang jauh meninggalkan negara-negara jirannya, Pilihan Raya Umum serta Pilihanraya Presiden yang diadakan pada tahun 2011 lalu telah menghasilkan keputusan yang paling membimbangkan pernah dialami oleh parti yang memerintah. Bukan sahaja dua orang menteri kabinet telah kecundang dalam pertandingan untuk sebuah Kawasan undi Berkumpulan (GRC), malah calon yang disokong parti pemerintah untuk jawatan presiden hanya berjaya mengatasi lawannya dengan beza undi kurang daripada 1 peratus sahaja. Suatu keputusan yang sungguh tidak disangka buat parti yang telah memerintah Singapura sejak tahun 1965.
Bagaimanakah boleh sampai ke tahap sebegitu? terutama sekali bagi sesebuah pemerintah yang telah membawa kemakmuran dan kemajuan yang di luar jangkaan ramai sejak perpisahan dari Malaysia kurang daripada 50 tahun dahulu.
Singapura yang keluasannya sungguh terhad mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) per kapita
yang lebih tiga kali ganda dari jiran terdekatnya Malaysia Pertumbuhan ekonominya pula telah mencatat 14.5 peratus pada tahun 2010. Di samping itu, berpuluh-puluh ribu peluang pekerjaan baru telah diwujudkan dalam tempoh tahun-tahun yang lepas ini. Begitu pesat pembangunan yang berlaku di Singapura, namun rakyatnya tidak berasa puas hati. Mengapa?
Pokoknya, krisis Pemerintahan Singapura telah berlaku akibat ketiadaan perpaduan ekonomi dalam dasar pengagihan hasilnya. Pembangunan dan keuntungan yang dicapai hampir kesemuanya dibolot golongan kapitalis elit, sementara golongan marhaen hanya berdaya untuk mengutip saki bakinya.
Sungguhpun (GDP) Singapura berada di tahap yang cukup mengagumkan, sebenarnya pendapatan golongan 30 peratus terbawah telah mengalami susutan dalam tempoh 5 tahun yang lepas, sementara kelas pertengahan pula telah menampakkan peningkatan pendapatan nominal sebanyak 1 peratus sahaja. Ini bermakna bahawa segala pertumbuhan ekonomi yang dijana dalam beberapa tahun yang lepas ini semuanya bertumpu kepada golongan kapitalis elit. Peluang-peluang pekerjaan yang diwujudkan pula rata-rata dipenuhi oleh pekerja-pekerja asing daripada China, India dan Filipina.
Kesimpulannya, tanpa perpaduan ekonomi, golongan yang akan menikmati kejayaan dan keuntungan adalah kelas atasan dan warga asing, sementara golongan marhaen terpaksa menanggung inflasi serantau dan beban kenaikan kos sara hidup.
Noor Firdaus Abdul Samad
- jika anda suka dengan rencana ini sila buat sumbangan dengan seikhlas hati dengan menghantar email kepada saya untuk butiran selanjutnya di nfirdaus.property@gmail.com
-if you like this article please consider making a contribution of any amount by sending me an email to nfirdaus.property@gmail.com